Kehidupan peribadi Sahara Yaacob

Sahara merupakan anak ke-9 daripada 10 beradik dan telah berkahwin sebanyak 5 kali yang mana semuanya berakhir dengan perceraian, malah tidak dikurniakan zuriat akibat masalah rahim terbalik.[10] Perkahwinan pertamanya ialah bersama Kassim Weheat yang berbangsa Inggeris, pada usia 15 tahun. Kassim ketika itu berusia 69 tahun. Mereka bercerai selepas 16 tahun bersama.[11]

Sahara kemudian berkahwin buat kali kedua dengan Nazri Tun Abdul Rahman Hashim ketika berusia 21 tahun. Bagaimanapun perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 tahun. Perkahwinan ketiganya ialah bersama Dr. Nordin Ahmad yang mana usia perkahwinan mereka hanya kekal selama 8 bulan kerana Sahara berasa dirinya diperguna dan dianiaya.[11]

Sahara berkahwin buat kali keempat dengan pengurusnya, Ghazlan Sheikh Mahmud. Pasangan itu bagaimanapun, bercerai setahun kemudian kerana Sahara tidak tahan dengan tabiat buruk dan pelik bekas suaminya.[12] Beliau kemudian mendirikan rumah tangga bersama lelaki Arab, Hosam Mohamed yang 20 tahun lebih muda daripadanya. Namun perkahwinan kelimanya juga gagal apabila Hosam didakwa menjalinkan hubungan dengan kawan baiknya.[11]

Ibunya, Umi Kalsom Mohd Nusi meninggal dunia pada 2012. Beliau tinggal bersendirian dalam stor di rumah arwah kakaknya yang dibina pada 1985 selepas berpisah dengan suami keempat. Ketika itu, Sahara tidak mempunyai tempat untuk berteduh. Pada tahun 2016, beliau menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Alam, berdekatan Sungai Besi.[11][13]

Rujukan

WikiPedia: Sahara Yaacob http://www.ibnuhasyim.com/2016/07/artis-sahara-yaa... https://www.discogs.com/artist/4887801-Sahara-Yaac... https://www.last.fm/music/Sahara+Yaacob https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/... https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/07... https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/8/2016/12... https://www.klik.com.my/item/story/2433777/oh-saha... https://www.klik.com.my/item/story/2454021/sahara-... https://www.klik.com.my/item/story/253253/sahara-k... https://www.klik.com.my/item/story/620427/i-will-s...